Sunday, 30 November 2014

Aku Dan Cinta : Bab 3



Bab 3

 Dokumen di tangan aku pegang erat, lagak seperti sedang membaca. Tetapi sebenarnya fikiranku sedang melayang ke perkara minggu lepas. Pertemuanku dengan lelaki yang bernama Faizrul. Tak sangka pulak yang dia itu...... Ah! Apasal pulak aku kena fikir pasal dia? Banyak lagi benda yang aku nak kena buat. Tapi kesian pulak aku tengok.
“Woi!” Tiba-tiba ada tangan yang menepuk bahuku.
“Eh mak aku!!” Aku melatah sambil terlompat dari kerusi tempatku duduk.
“Opps.. Maaf..” Aku menutup mulutku sambil tersengih malu ke arah staff yang terperanjat dengan jeritanku tadi.
“Tu la kau, orang suruh buat kerja kau pulak sibuk mengelamun. Ingatkan siapa tu?” Nita tergelak sakan. Seronok la tu dapat kenakan aku. Bertuah punya kawan!
“Aku tak ingatkan sesiapa la.” Sangkalku. Dokumen yang terlepas dari tanganku tadi aku pegang kembali.
“Kau ingat aku buta kew? Dari  tadi aku tengok kau termenung.” Nita menjuihkan bibirnya.
“Betul lah.” Pandangan aku tumpukan ke arah screen komputer.
“Yew la tu.” Dia berjalan ke arah tempat duduknya yang berada tepat di sebelah tempatku.
“Tapi kan.. Minggu lepas aku ada jumpa dengan seorang mamat ni.” Aku memandang Nita yang sudah melabuhkan punggungnya di kerusinya.
“Biar betul? Syukur Ya Tuhan, akhirnya terbuka juga hati sahabat aku ni.” Kedua belah tangannya diangkat, tanda bersyukur pada Yang Maha Esa.
“Ish! Kau ni! Aku terjumpa jew, bukan aku nak jatuh cinta.” Lengannya ku tepuk lembut.
“Cinta itu bermula dari persahabatan.” Usiknya sambil tersenyum girang.
“Cinta bukan boleh dipaksa. Walau berkawan sebaik mana pun, kalau di hati ni tak berputik rasa cinta, memang tak akan menjadi la.” Balasku.
“Ala.. Kau cuba la berkawan dengan dia. Manalah tau dia itu jodoh kau.” Pujuknya lembut.
“Kau ingat cinta tu semudah itu? Bila berkawan jew langsung nak kapel? Kau bukan kenal hati budi dia, kau bukan tau keluarga dia macam mana, kau bukan tau dia tu baik ke buruk. Maunya dia baik masa berkawan tapi bila dah kapel nanti main pukul cam mana? Tak ke aku yang merana? Kau nak tengok sahabat kau ni merana kena dera?” Panjang lebar aku bagi hujah. Mesti dia tak dapat nak balas. Hehehe....
“Ish kau ni! Ke sana pulak kau fikir. Sebab itu lah aku suruh kau berkawan dulu, kenal dulu. Dah kenal nanti baru kau kapel, tu pun kalau dia nak kat kau. Kalau dia tak nak, nasib kau lah. Hahaha...” Nita tergelak sambil menutup mulutnya. Sebelah tangannya diletakkan di perut.
“Kurang asam punya kawan!” Marahku.
Nita sedang menghabiskan sisa tawanya. Aku pula sudah menarik muka masam. Selama ini bukan tak ada orang yang nak kat aku, aku yang tak nak ada la. Bukan nak jual mahal, aku tak sedia lagi nak mulakan cerita baru. Aku masih sayangkan Adam. Memang betul kata orang, kita hanya perlukan satu hari untuk jatuh cinta, tapi kita perlukan seumur hidup untuk melupakan orang tu.
“Dia tu okey tak?” Tanya Nita ingin tahu.
“Okey. Ada tangan, mata,telinga, mulut.” Jawabku acuh tak acuh.
“Ish! Bukan tu la maksud aku. Maksud aku hensem ke tak dia tu?”
“Entah.. Boleh la kot.” Pandanganku masih pada screen komputer.
“Bukan kau dah tengok kew?” Nita masih memandang aku, mengharapkan jawaban.
“Tak hensem mana pun. Azlee Khairi lebih hensem dari dia kot. Tapi dia sama kulit dengan Azlee Khairi.”
“Mak ai! Tau lah kau minat Azlee Khairi.” Nita mencebik.
Aku tersenyum menang. Sebenarnya Faizrul memang tak hensem mana pun, hanya mukanya sedap dipandang. Dia punya senyum yang manis. Berpakaian pun rapi. Mungkin hanya kekurangannya yang membuatkan dia masih tak berpunya sehingga sekarang. Kalau tak, mungkin sekarang dah berpunya. Dia ada cakap yang dia tak punya ramai kawan, dia lebih suka bersendirian. Dia tak suka melihat orang lain bersimpati kepadanya. Baginya dia masih boleh berdikari.


“Mak su!” Yaya berlari kecil ke arahku. Satu kecupan diberikannya, menghilangkan segala tekanan kerja yang aku ada.
“Mak su penat kew? Yaya urutkan nak?” Tangan kecilnya sudah pun diletakkan di bahuku.
“Eheh.. Mama pun nak jugak.” Kak Nona berjalan menghampiri kami.
Yaya berlari kecil ke arah mamanya, tangannya sudah mula mengurut bahu mamanya.
“Mak su, tadi Yaya belajar main piano dekat rumah abang Iz.” Yaya bersuara sambil tangannya masih mengurut bahu mamanya.
“Abang Iz?” Tanyaku. Berapa orang lelaki yang dia kenal ni?
“Faizrul la tu.” Jawab Kak Nona.
“Abang Iz kata panggil nama manja abang Iz jew.” Jelas Yaya.
Aku hanya menganggukkan kepalaku. Rapat juga anak buah aku ni dengan mamat tu. Tapi pelik pula, kenapa Kak Nona main bagi jew anak dia main dengan mamat tu? Mamat tu baru lagi kat sini.
“Akak, akak tak takut kew si Iz tu apa-apakan Yaya? Dia kan baru lagi kat sini. Akak bukan tau hati budi dia lagi.” Tanyaku ingin tau.
“Ish awak ni! Suka sangat berburuk sangka. Dah la, akak nak siapkan makan malam.” Cepat-cepat Kak Nona bangun dari tempat dia duduk.
Aku hanya memandang tingkah lakunya yang pelik itu. Biasanya Kak Nona sangat berhati-hati dengan siapa anaknya berkawan. Tapi kenapa kali ini dia biarkan sahaja anaknya bermain dengan lelaki yang baru sebulan pindah ke perumahan itu? Semua persoalan di benakku hanya tinggal soalan yang tak berjawab. Biarlah nanti aku tanya Kak Nona. Sekarang aku hanya nak bersihkan diri, badanku sudah melekit dengan peluh di badan. Panas!


Bersambung.....

Saturday, 29 November 2014

Aku Dan Cinta : Bab 2



Bab 2

Aku berlari mengelilingi taman permainan yang agak luas di kawasan perumahan tempatku tinggal. Ramai penduduk sekitar yang suka berjogging di taman ini.
Morning Uncle Lee, Morning Auntie Su.” Sapaku dan Yaya.
Morning!” Balas Uncle Lee dan Auntie Su sambil melambai ke arah kami berdua.
Kami berjalan ke arah mereka berdua. Rumah mereka berdua hanya bersebelahan manakala rumah kami berjarak lima blok dari rumah mereka. Mereka berdua sangat ramah dengan penduduk sekitar. Uncle Lee bekerja sebagai pemandu pelancongan, manakala Auntie Su bekerja sebagai seorang chef di hotel berbintang lima. Auntie Su selalu datang ke rumah Kak Nona dan mengajar kami memasak.
“Yaya, awak banyak rajin bangun pagi hor.. Banyak pandai ah.. Kalau saya pun cucu macam awak, mesti best punya.” Puji Uncle Lee.
“Aiya... Uncle, Mama Yaya hari-hari suruh Yaya bangun pagi wor..” Yaya meniru cara bercakap orang cina sambil tangannya dibuka luas, menunjukkan sign hari-hari.
Uncle Lee tertawa dan mendukung Yaya. Yaya memang menjadi kesayangan jiran setempat kerana kepetahannya berkata-kata. Telatahnya selalu membuatkan semua orang ingin tergelak dan memeluknya.
“Awak tak kerja kah ini hari?” Tanya Auntie Su.
“Tak Auntie, hari ini saya on leave.” Jawabku sambil berjalan ke arah bangku tempatnya duduk.
“Oh.. ini hari teman Yaya jogging la?” Tanyanya pula.
“Yew Auntie, bukan selalu boleh jogging masa hari kerja.” Peluh yang menitis ku kesat dengan kain yang ku sangkut di bahu.
“Ya hor.. Sini ada jiran baru, dia punya nama Faizrul. Tapi ini hari tak datang lagi wor.. Dia selalu main dengan Yaya. Dia pun banyak baik punya orang.” Auntie Su memperkenalkan jiran baru yang belum ku temui itu.
“Yaya pun selalu cerita kat saya auntie.” Aku tersenyum memberitahu Auntie Su.
“Awak pun boleh kawan dengan dia. Dia banyak ramah punya.” Sampuk Uncle lee.
Aku sekadar mengangguk. “Kenapa lah semua orang suruh aku berkawan dengan dia? Bagus sangat ke mamat tu?” Tanyaku dalam hati.
“Lepas kawan boleh jadi boyfriend.” Tiba-tiba Yaya bersuara.
“Aiyoyo.. kecil-kecil sudah pandai cakap pasal boyfriend ah? Tak baik leh.” Tegur Uncle Lee membuatkan aku dan Auntie Su tergelak.
“Tapi kan.. Saya rasa dia tak boleh jadi awak punya boyfriend la.” Beritahu Auntie Su.
“Erk?? Kenapa pulak auntie?” Tanyaku sekadar menduga. Takkan la kalau semua orang dah suruh aku berkawan dengan dia tu, pas tu cakap tak ngam dengan aku? Ke semua dah tau yang aku masih tak boleh nak lupakan Adam?
“Sebab... Aiya, awak sendiri tengok la.” Jawabnya, menambahkan perasaan ingin tahuku.
“Eh.. Jangan-jangan dia ni pondan ke?” Terkaku diiringi ilai tawa.
“Ish! Awak ini, tak baik cakap itu macam, nanti dia sedih wor..” paha kananku ditepuk lembut oleh Auntie Su.
Sorry.. Sorry..” Aku menghabiskan sisa tawaku.
Aku memandang ke arah Yaya yang sedang bermain dengan  Uncle Lee. Betapa girangnya dia bermain, disusuli gelak tawa Uncle Lee. Aku berjalan menghampiri mereka berdua.
“Amboi, gembira sangat Uncle Lee.” Usikku.
“Mestilah, saya hari-hari duduk rumah satu orang. Mau jumpa saya punya cucu pun tak boleh, diaorang duduk banyak jauh. Satu tahun satu kali balik saja. Haih.. Nasib baik  Yaya selalu buat saya happy. Boleh lepas rindu.” Luahnya sambil tersenyum.
Kami semua sudah sedia maklum dengan cerita Uncle Lee. Isterinya sudah lama meninggal, anak pula duduk dekat Singapura. Setahun sekali baru balik menjeguk. Hidupnya kembali ceria setelah adanya Yaya. Yaya pun sudah dianggap seperti cucunya sendiri. Sebab itu kami tak pernah kisah bila Uncle Lee  pergi bersiar-siar dengan Yaya.
Uncle, saya nak balik dulu la. Kak Nona seorang jew dekat rumah.” Pamitku kepada Uncle Lee.
“Eh.. Banyak  awal, tak mau tengok itu Faizrul ah?” Tanya Auntie Su.
“Lain kali la auntie. Kalau ada jodoh, jumpa la saya dengan dia nanti.” Aku tersenyum manis ke arah Auntie Su.
“Ha! Awak berdua memang ada jodoh. Itu dia sudah datang. Rul!” Jerit Uncle Lee.
Terperanjat aku. “Panjang umur mamat ni.” Ujarku dalam hati. Faizrul yang datang dari arah belakang membuatkan Uncle Lee berlari anak membelakangiku. Aku pun memutar badanku 180 darjah untuk melihatnya dan...... Ya Tuhan!
“Sekarang awak sudah tau lo.” Ujar Auntie Su sambil berjalan ke arah Faizrul.


Bersambung......

Friday, 28 November 2014

Aku Dan Cinta : Bab 1



Bab 1

Maafkan saya.”
Aku tersedar dari tidurku, dada ku urut perlahan. Mimpi itu datang kembali, mimpi yang telah menghantuiku selama dua tahun. Mimpi yang selalu mengingatkanku kepada arwah tunangku, Adam.
Aku berjalan ke luar bilik, terlihat kakakku sedang menyediakan sarapan. Aku berjalan menghampirinya.
“Eh? Awalnya Lia bangun?” Tanya Kak Nona sambil menggoreng nasi.
“Biasalah kak. Mimpi lagi.” Luahku. Antara Aku dan Kak Nona memang tiada rahsia.
“Lia, dah dua tahun dia pergi. Kalau Lia tak move on dan asyik nak fikir pasal dia, memanglah mimpi tu akan terus datang.” Lembut suara Kak Nona menasihatiku.
“Lia nak mandi dulu.” Aku mengorak langkah untuk ke bilik air.
“Ish.. Budak ni! Bila akak suruh lupakan  si Adam tu, mesti awak selalu nak lari. Nak lari sampai bila ni? Sampai awak dah jadi perawan tua?ke sampai si yaya tu dah ada anak?” Selembut-lembutnya Kak Nona, dia ni garang tau?
Aku tersengih bagai kerang busuk dan berjalan ke arah bilik air, Aku perlu membersihkan diri dan menenangkan diri.
Usai mandi, Aku berjalan ke arah bilik yaya. Yaya a.k.a Aliah Amalia yang bermakna Cita-cita yang tinggi, nama pemberian mak su dia yang comel ni, ( Alamak! perasan la pulak). Yaya merupakan tempatku melepaskan tekanan, telatahnya yang terlebih comel tu boleh mebuatkan hati yang panas menjadi sejuk kembali.
“Yaya.. Bangun la..Kata nak teman mak su jogging.” Aku membangunkan Yaya.
“Cak! Yaya dah bangun dah, mak su yang lambat.” Tiba-tiba yaya membuka matanya. Perlahan dia bangun dan duduk di sebelahku, senyuman manis dia hadiahkan kepadaku.
“Mak su, nanti Yaya nak jumpa abang Faizrul.” Tiba-tiba Yaya bersuara sambil tersengih.
“Yew la, nanti kita jumpa dia. Hensem sangat ke abang Faizrul tu?” Tanyaku sambil mengikat rambut panjang Yaya.
“Mama kata abang Faizrul tak hensem macam Aaron Aziz, tapi dia baik dan pandai main piano.”
“Amboi! Tak baik Yaya cakap macam tu..” Tegurku.
“Mama yang cakap.”
“Amboi, mama pulak yang kena, bukan Yaya yang high taste ke? Nak Mak su berkawan dengan abang hensem macam Aaron Aziz jew?” Tiba-tiba Kak Nona masuk ke dalam bilik Yaya.
“Mak su lebih padan dengan abang Faizrul.” Yaya memandang aku dengan mata kucingnya. (Apasal lah comel sangat anak buah aku ni. Tapi mulut tu? Adoi!).
“Amboi Yaya!” Tegurku.
“Ha.. Elok sangat la tu, nanti Yaya jadi match maker diaorang okey?” Kak Nona mengenyitkan sebelah matanya ke arah puteri sulungnya.
Yaya pula membalas perbuatan itu lalu tergelak manja. Aku pulak hanya menepuk dahi. Sebenarnya aku dah curious sangat-sangat, siapa Faizrul sebenarnya? Sampai yaya yang baru berumur 4 tahun boleh menyebut namanya dari pagi hingga ke malam.
“Dah la, jom! Dah nak dekat pukul tujuh dah ni.” Aku menarik lembut tangan Yaya yang sudah pun memakai T-shirt dan seluar senam.
Walau mulut ingin bertanya pasal Faizrul, tapi lebih baik aku diamkan saja, kalau tak nanti berjuta pertanyaan aku kena jawab. Dah la soalan dia tu lebih susah dari soalan peperiksaan. Tak nak aku!


Bersambung.....