Saturday, 29 November 2014

Aku Dan Cinta : Bab 2



Bab 2

Aku berlari mengelilingi taman permainan yang agak luas di kawasan perumahan tempatku tinggal. Ramai penduduk sekitar yang suka berjogging di taman ini.
Morning Uncle Lee, Morning Auntie Su.” Sapaku dan Yaya.
Morning!” Balas Uncle Lee dan Auntie Su sambil melambai ke arah kami berdua.
Kami berjalan ke arah mereka berdua. Rumah mereka berdua hanya bersebelahan manakala rumah kami berjarak lima blok dari rumah mereka. Mereka berdua sangat ramah dengan penduduk sekitar. Uncle Lee bekerja sebagai pemandu pelancongan, manakala Auntie Su bekerja sebagai seorang chef di hotel berbintang lima. Auntie Su selalu datang ke rumah Kak Nona dan mengajar kami memasak.
“Yaya, awak banyak rajin bangun pagi hor.. Banyak pandai ah.. Kalau saya pun cucu macam awak, mesti best punya.” Puji Uncle Lee.
“Aiya... Uncle, Mama Yaya hari-hari suruh Yaya bangun pagi wor..” Yaya meniru cara bercakap orang cina sambil tangannya dibuka luas, menunjukkan sign hari-hari.
Uncle Lee tertawa dan mendukung Yaya. Yaya memang menjadi kesayangan jiran setempat kerana kepetahannya berkata-kata. Telatahnya selalu membuatkan semua orang ingin tergelak dan memeluknya.
“Awak tak kerja kah ini hari?” Tanya Auntie Su.
“Tak Auntie, hari ini saya on leave.” Jawabku sambil berjalan ke arah bangku tempatnya duduk.
“Oh.. ini hari teman Yaya jogging la?” Tanyanya pula.
“Yew Auntie, bukan selalu boleh jogging masa hari kerja.” Peluh yang menitis ku kesat dengan kain yang ku sangkut di bahu.
“Ya hor.. Sini ada jiran baru, dia punya nama Faizrul. Tapi ini hari tak datang lagi wor.. Dia selalu main dengan Yaya. Dia pun banyak baik punya orang.” Auntie Su memperkenalkan jiran baru yang belum ku temui itu.
“Yaya pun selalu cerita kat saya auntie.” Aku tersenyum memberitahu Auntie Su.
“Awak pun boleh kawan dengan dia. Dia banyak ramah punya.” Sampuk Uncle lee.
Aku sekadar mengangguk. “Kenapa lah semua orang suruh aku berkawan dengan dia? Bagus sangat ke mamat tu?” Tanyaku dalam hati.
“Lepas kawan boleh jadi boyfriend.” Tiba-tiba Yaya bersuara.
“Aiyoyo.. kecil-kecil sudah pandai cakap pasal boyfriend ah? Tak baik leh.” Tegur Uncle Lee membuatkan aku dan Auntie Su tergelak.
“Tapi kan.. Saya rasa dia tak boleh jadi awak punya boyfriend la.” Beritahu Auntie Su.
“Erk?? Kenapa pulak auntie?” Tanyaku sekadar menduga. Takkan la kalau semua orang dah suruh aku berkawan dengan dia tu, pas tu cakap tak ngam dengan aku? Ke semua dah tau yang aku masih tak boleh nak lupakan Adam?
“Sebab... Aiya, awak sendiri tengok la.” Jawabnya, menambahkan perasaan ingin tahuku.
“Eh.. Jangan-jangan dia ni pondan ke?” Terkaku diiringi ilai tawa.
“Ish! Awak ini, tak baik cakap itu macam, nanti dia sedih wor..” paha kananku ditepuk lembut oleh Auntie Su.
Sorry.. Sorry..” Aku menghabiskan sisa tawaku.
Aku memandang ke arah Yaya yang sedang bermain dengan  Uncle Lee. Betapa girangnya dia bermain, disusuli gelak tawa Uncle Lee. Aku berjalan menghampiri mereka berdua.
“Amboi, gembira sangat Uncle Lee.” Usikku.
“Mestilah, saya hari-hari duduk rumah satu orang. Mau jumpa saya punya cucu pun tak boleh, diaorang duduk banyak jauh. Satu tahun satu kali balik saja. Haih.. Nasib baik  Yaya selalu buat saya happy. Boleh lepas rindu.” Luahnya sambil tersenyum.
Kami semua sudah sedia maklum dengan cerita Uncle Lee. Isterinya sudah lama meninggal, anak pula duduk dekat Singapura. Setahun sekali baru balik menjeguk. Hidupnya kembali ceria setelah adanya Yaya. Yaya pun sudah dianggap seperti cucunya sendiri. Sebab itu kami tak pernah kisah bila Uncle Lee  pergi bersiar-siar dengan Yaya.
Uncle, saya nak balik dulu la. Kak Nona seorang jew dekat rumah.” Pamitku kepada Uncle Lee.
“Eh.. Banyak  awal, tak mau tengok itu Faizrul ah?” Tanya Auntie Su.
“Lain kali la auntie. Kalau ada jodoh, jumpa la saya dengan dia nanti.” Aku tersenyum manis ke arah Auntie Su.
“Ha! Awak berdua memang ada jodoh. Itu dia sudah datang. Rul!” Jerit Uncle Lee.
Terperanjat aku. “Panjang umur mamat ni.” Ujarku dalam hati. Faizrul yang datang dari arah belakang membuatkan Uncle Lee berlari anak membelakangiku. Aku pun memutar badanku 180 darjah untuk melihatnya dan...... Ya Tuhan!
“Sekarang awak sudah tau lo.” Ujar Auntie Su sambil berjalan ke arah Faizrul.


Bersambung......

4 comments:

  1. ������ rul oh rul tersedak2 rul hehehe .. cant wait for the bab 3 ihiks

    ReplyDelete
  2. alamak...kenape akak yg x suke baca novel..boleh baca cerita awak ni mei cia!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk??hahaha..terharunya sy..thx kak nona..syg akk..

      Delete