Bab 3
Dokumen
di tangan aku pegang erat, lagak seperti sedang membaca. Tetapi sebenarnya
fikiranku sedang melayang ke perkara minggu lepas. Pertemuanku dengan lelaki
yang bernama Faizrul. Tak sangka pulak yang dia itu...... Ah! Apasal pulak aku
kena fikir pasal dia? Banyak lagi benda yang aku nak kena buat. Tapi kesian
pulak aku tengok.
“Woi!”
Tiba-tiba ada tangan yang menepuk bahuku.
“Eh
mak aku!!” Aku melatah sambil terlompat dari kerusi tempatku duduk.
“Opps..
Maaf..” Aku menutup mulutku sambil tersengih malu ke arah staff yang terperanjat dengan jeritanku tadi.
“Tu
la kau, orang suruh buat kerja kau pulak sibuk mengelamun. Ingatkan siapa tu?” Nita
tergelak sakan. Seronok la tu dapat kenakan aku. Bertuah punya kawan!
“Aku
tak ingatkan sesiapa la.” Sangkalku. Dokumen yang terlepas dari tanganku tadi
aku pegang kembali.
“Kau
ingat aku buta kew? Dari tadi aku tengok
kau termenung.” Nita menjuihkan bibirnya.
“Betul
lah.” Pandangan aku tumpukan ke arah screen
komputer.
“Yew
la tu.” Dia berjalan ke arah tempat duduknya yang berada tepat di sebelah
tempatku.
“Tapi
kan.. Minggu lepas aku ada jumpa dengan seorang mamat ni.” Aku memandang Nita
yang sudah melabuhkan punggungnya di kerusinya.
“Biar
betul? Syukur Ya Tuhan, akhirnya terbuka juga hati sahabat aku ni.” Kedua belah
tangannya diangkat, tanda bersyukur pada Yang Maha Esa.
“Ish!
Kau ni! Aku terjumpa jew, bukan aku nak jatuh cinta.” Lengannya ku tepuk
lembut.
“Cinta
itu bermula dari persahabatan.” Usiknya sambil tersenyum girang.
“Cinta
bukan boleh dipaksa. Walau berkawan sebaik mana pun, kalau di hati ni tak
berputik rasa cinta, memang tak akan menjadi la.” Balasku.
“Ala..
Kau cuba la berkawan dengan dia. Manalah tau dia itu jodoh kau.” Pujuknya lembut.
“Kau
ingat cinta tu semudah itu? Bila berkawan jew langsung nak kapel? Kau bukan
kenal hati budi dia, kau bukan tau keluarga dia macam mana, kau bukan tau dia
tu baik ke buruk. Maunya dia baik masa berkawan tapi bila dah kapel nanti main
pukul cam mana? Tak ke aku yang merana? Kau nak tengok sahabat kau ni merana
kena dera?” Panjang lebar aku bagi hujah. Mesti dia tak dapat nak balas. Hehehe....
“Ish
kau ni! Ke sana pulak kau fikir. Sebab itu lah aku suruh kau berkawan dulu,
kenal dulu. Dah kenal nanti baru kau kapel, tu pun kalau dia nak kat kau. Kalau
dia tak nak, nasib kau lah. Hahaha...” Nita tergelak sambil menutup mulutnya. Sebelah
tangannya diletakkan di perut.
“Kurang
asam punya kawan!” Marahku.
Nita
sedang menghabiskan sisa tawanya. Aku pula sudah menarik muka masam. Selama ini
bukan tak ada orang yang nak kat aku, aku yang tak nak ada la. Bukan nak jual
mahal, aku tak sedia lagi nak mulakan cerita baru. Aku masih sayangkan Adam. Memang
betul kata orang, kita hanya perlukan satu hari untuk jatuh cinta, tapi kita
perlukan seumur hidup untuk melupakan orang tu.
“Dia
tu okey tak?” Tanya Nita ingin tahu.
“Okey.
Ada tangan, mata,telinga, mulut.” Jawabku acuh tak acuh.
“Ish!
Bukan tu la maksud aku. Maksud aku hensem ke tak dia tu?”
“Entah..
Boleh la kot.” Pandanganku masih pada screen
komputer.
“Bukan
kau dah tengok kew?” Nita masih memandang aku, mengharapkan jawaban.
“Tak
hensem mana pun. Azlee Khairi lebih hensem dari dia kot. Tapi dia sama kulit dengan
Azlee Khairi.”
“Mak
ai! Tau lah kau minat Azlee Khairi.” Nita mencebik.
Aku
tersenyum menang. Sebenarnya Faizrul memang tak hensem mana pun, hanya mukanya sedap
dipandang. Dia punya senyum yang manis. Berpakaian pun rapi. Mungkin hanya
kekurangannya yang membuatkan dia masih tak berpunya sehingga sekarang. Kalau tak,
mungkin sekarang dah berpunya. Dia ada cakap yang dia tak punya ramai kawan,
dia lebih suka bersendirian. Dia tak suka melihat orang lain bersimpati
kepadanya. Baginya dia masih boleh berdikari.
“Mak
su!” Yaya berlari kecil ke arahku. Satu kecupan diberikannya, menghilangkan
segala tekanan kerja yang aku ada.
“Mak
su penat kew? Yaya urutkan nak?” Tangan kecilnya sudah pun diletakkan di
bahuku.
“Eheh..
Mama pun nak jugak.” Kak Nona berjalan menghampiri kami.
Yaya
berlari kecil ke arah mamanya, tangannya sudah mula mengurut bahu mamanya.
“Mak
su, tadi Yaya belajar main piano dekat rumah abang Iz.” Yaya bersuara sambil
tangannya masih mengurut bahu mamanya.
“Abang
Iz?” Tanyaku. Berapa orang lelaki yang dia kenal ni?
“Faizrul
la tu.” Jawab Kak Nona.
“Abang
Iz kata panggil nama manja abang Iz jew.” Jelas Yaya.
Aku
hanya menganggukkan kepalaku. Rapat juga anak buah aku ni dengan mamat tu. Tapi
pelik pula, kenapa Kak Nona main bagi jew anak dia main dengan mamat tu? Mamat tu
baru lagi kat sini.
“Akak,
akak tak takut kew si Iz tu apa-apakan Yaya? Dia kan baru lagi kat sini. Akak bukan
tau hati budi dia lagi.” Tanyaku ingin tau.
“Ish
awak ni! Suka sangat berburuk sangka. Dah la, akak nak siapkan makan malam.” Cepat-cepat
Kak Nona bangun dari tempat dia duduk.
Aku
hanya memandang tingkah lakunya yang pelik itu. Biasanya Kak Nona sangat
berhati-hati dengan siapa anaknya berkawan. Tapi kenapa kali ini dia biarkan sahaja
anaknya bermain dengan lelaki yang baru sebulan pindah ke perumahan itu? Semua persoalan
di benakku hanya tinggal soalan yang tak berjawab. Biarlah nanti aku tanya Kak
Nona. Sekarang aku hanya nak bersihkan diri, badanku sudah melekit dengan peluh
di badan. Panas!
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment