Bab 4
“Lia, kau tak penat ke? Dari pagi sampai sekarang kau tak
rehat-rehat. Kau ni manusia ke robot? Robot pun perlu charge battery. Ni kau, aku tengok dari pagi ke hulu, ke hilir,
sibuk ini, sibuk itu. Tak penat ke?” Nita datang menghampiriku yang tengah
sibuk mencuba microphone untuk majlis Annual Dinner malam nanti.
“Aku
alien.” Jawabku acuh tak acuh.
“Wujud
ke makhluk asing tu?” Tanya Nita.
“Wujud.
Ni tengah berdiri depan aku.” Aku memandang ke arah Nita yang sedang memegang
belon.
“Kurang
asam punya kawan!” Belon yang dipegangnya tadi dilempar ke arah ku.
“Kalau
kurang asam, tambah la asam. Takkan nak tambah gula pulak. Karang manis
jadinya. Ish..Ish..Ish..” Sedaya upaya aku mencuba untuk menahan gelak. Suka bila
Nita sudah mula bengang. Tu la, siapa suruh suka sangat kacau aku.
“Syalia
Nadhira!” Jerit Nita bengang.
“Ye
Nita Shuhaimi?” Aku mengangkat sebelah keningku.
“Tunggu
kau! Biar aku minta asam jawa dengan chef dekat dapur tu.” Nita sudah mula
mengatur langkah untuk ke dapur.
“Weh!
Jangan la, kau ni.. Aku ajak bergurau pun tak boleh.” Aku menarik lengan Nita.
“Tau
pun takut.” Nita sudah tergelak kerana dapat mengenakan aku.
“Bertuah
punya kawan! Dah la kacau aku buat kerja! Pergi sana, main jauh-jauh.” Aku
menolak Nita.
“Hello! Aku datang dari pagi tadi pun nak
buat kerja okey?” Ucapnya tak mahu kalah.
“Dekat
sini rupanya awak berdua.” Belum sempat aku membalas, Shuarna sudah memotong.
“Lia,
malam nanti awak nyanyi ye. Kawan saya punya duet tak boleh datang la.” Shuarna
memandang aku.
Terkebil-kebil
aku memandang Shuarna. Dia ni buat lawak ke serius? Apasal pulak aku yang kena
nyanyi? Aku nak nyanyi depan beratus staff
company? Memang tak la!
“No Thanks!” Ucapku tegas.
“Awak
kan pandai menyanyi.” Shuarna memegang tanganku. Memohon simpati.
“Ish!
Kan ramai lagi yang pandai menyanyi. Ni ha.. Nita pun pandai.” Aku menarik Nita
yang berdiri di sebelahku.
“Ah!
Banyak la kau punya pandai! Setakat nyanyi dekat bilik air tu boleh la, kalau nyanyi
dekat pentas tu memang tak la. Karang ada juga yang jadi radio rosak kat depan
tu.” Nita menyilangkan lengannya, tanda tak setuju.
“Aiyoyo..
satu lagu saja ma.. Untuk melayu punya lagu saja. Saya pun ada menari lagu hindustan
nanti. Awak pun Social Club punya pengerusi
ma..”
Bila
sudah isu pengerusi yang di selitkan, memang aku tak boleh nak tolak dah. Ni
tanggung jawab punya pasal. Aku pun tak nak disalahkan bila ada kekurangan
dalam majlis malam ini. Ha! Tu la..
Rajin sangat nak jadi pengerusi, ambik kau!
“Yew
la.. Lagu apa?” Akhirnya aku mengalah.
Shuarna
menyerahkan sehelai kertas yang berisi lagu yang akan kunyanyikan dengan
kawannya malam nanti. Nasib baik aku tau lagu ni, kalau tak... Memang nahas la
jawabnya..
“Pastikan
tak ada tomato atas meja.” Aku menginggatkan Shuarna dan Nita.
“Aik?
Apa pasal?” Tanya Shuarna polos.
“Takut
kena baling la tu.” Nita sudah mengekek sambil memegang perut.
Alunan
musik menenangkan jiwa. Aku hanya menanti giliranku di ruang ganti. Sekarang
ialah giliran kawan Shuarna. Aku tak sempat tengok pun siapa dia. Sibuk sangat
melayan kerenah staff yang lain.
Tiba-tiba
alunan musik berhenti, digantikan dengan alunan suara piano dan suara nyanyian
sang pemilik suara.
“Telah lama sendiri
Dalam langkah sepi
Tak pernah kukira bahwa akhirnya
Tiada dirimu di sisiku
Meski waktu datang dan berlalu sampai kau tiada bertahan
Semua tak 'kan mampu mengubahku
Hanyalah kau yang ada di relungku
Hanyalah dirimu mampu membuatku jatuh dan mencinta
Kau bukan hanya sekedar indah
Kau tak akan terganti”
Tanpa
sedar aku sedang mendengarkan nyanyiannya sambil menutup mata. Sang penyanyi
begitu menghayati lagu yang dinyanyikan. Terasa seperti sang penyanyi memahami
rasa yang ada dalam hati ini. Adam! Saya rindu awak!
“Tak pernah kuduga bahwa akhirnya
Tergugat janjimu dan janjiku
Meski waktu datang dan berlalu sampai kau tiada bertahan
Semua tak 'kan mampu mengubahku
Hanyalah kau yang ada di relungku
Hanyalah dirimu mampu membuatku jatuh dan mencinta
Kau bukan hanya sekedar indah
Kau tak akan terganti......O.....”
Air mata sudah bertakung, tapi ku kuatkan diri ini agar
tak tertumpah. Takut juga bila make-up ini rosak. Karang tetamu yang hadir lari
lintang pukang pulak tengok muka aku yang tetiba berubah macam muka hantu Kak Limah.
“Kau tak akan terganti....”
Tepukan gemuruh dihadiahkan para tetamu. Aku pun menepuk
tanganku juga. Tiba-tiba pintu diketuk.
“Lia, kau dah siap? Dah tiba giliran kau ni.” Nita
memanggilku, aku pula hanya mengangguk sebagai jawaban. Gementar juga. Hanya
Tuhan yang tahu apa yang ku rasa saat ini.
“Baiklah, baru saja kita di sajikan dengan lagu dari Marcell
yang bertajuk Tak Akan Terganti, sekarang pula mari kita dengarkan suara salah
seorang rakan kerja kita yang akan bernyanyi bersama sang pemain piano ini.
Mari kita beri tepukan untuk Syalia Nadhira!”
Tepukan gemuruh yang diberikan membuat aku
semakin gementar. Aku mencuri pandang ke arah sang pemain piano. Ya Tuhan!
Faizrul! Dia memberi isyarat mulut yang bermaksud ‘Tenang’. Lalu jari jemarinya
sudah memainkan piano.
“Haa.. haaaa.. haa..” Suara kami berdua sudah memenuhi dewan.
“Kau Berikan ku waktu untuk bersamamu
Meniti hari…” Aku mula menyanyikan lagu Erry Putra dan juga Reen Rahim.
“Tak puas bagiku
Dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri…” Faizrul menyambung nyanyianku tanpa rasa gementar.
Gelap seluruh jiwaku..
{hooo…}
(Aku) “Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…”
(Faizrul) “Ohoo..
Kau yang kukenali
Dan kini menjadi
Insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati
Meniti hari…”
Aku memandang Faizrul, dan kami pun mula menyanyi bersama.
“Semuanya telah berakhir
ohooo..
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…
hooo…
Semuanya telah berakhir…
{Wooo woo.. woo..}
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…”
“Oh.. Kasih…” Suaraku menamatkan lagu yang kami nyanyikan. Tepukan gemuruh sekali lagi memenuhi dewan.
Aku menunduk tanda terima kasih, lalu berjalan ke arah belakang pentas. Tak
sangka yang menjadi instrumental malam ini ialah Faizrul Hiqmal. Tak sangka dia
punya suara yang merdu. Dia menghampiri aku.
“Well Done Lia.” Pujinya.
“Awak pun sama.” Pujiku ikhlas.
“Tak sangka awak punya suara yang merdu.”
Faizrul tersenyum, lalu berkata “Ini anugerah dari Yang Maha Esa, walaupun
saya ini cacat, tak boleh berjalan. Tapi sayabersyukur sebab saya masih ada
kelebihan. Saya masih boleh main piano dan nyanyi.”
“I’ll give you a like for that.”
Aku mengangkat ibu jari kananku.
“Terima Kasih. Saya nak bersiap dulu, saya masih kena main piano lagi.” Faizrul meminta diri, lalu berlalu
bersama kerusi rodanya. Memang bagus budak ni. Positive minded!
Bersambung.........
No comments:
Post a Comment