Saturday, 20 December 2014

Aku Dan Cinta : Bab 5

Bab 5

Hari ini hari ahad, seperti biasa aku duduk melepak di warong Mak Senah. Warong ini terletak di tepi jalan berdekatan taman tempat kami berjogging. Warong ini juga menjadi tempat penduduk setempat menikmati sarapan pagi, makanan di warong ini memang sedap.
Sambil melepak, sambil itu aku menonton persembahan malam semalam. Semua video persembahan semalam sudah di muat naik di laman Facebook. Boleh tahan juga semua staff dekat pejabat aku ni. Boleh dia orang muat naik tengah-tengah malam, masa semua orang dah tidur. Semalam mungkin aku orang pertama yang tidur, penat sangat.
Sedang aku sibuk menonton persembahan Shuarna yang menari mengikut rentak lagu Hindustan, tiba-tiba terdengar suara berdeham dari belakang. Hampir terjatuh telefon bimbitku kerana terperanjat.
“Ha! Tengah tengok apa tu?” Faizrul sudah pun tergelak di tepiku.
“Eh! Awak! Bila awak sampai?” Boleh aku tak perasan bila mamat ni datang.
“Dah dari tadi, tapi awak tak perasan.” Faizrul memarkirkankan kerusi rodanya di sebelahku.
“Oh ye ke? Maaf la, saya tak perasan, saya tengah tonton video persembahan malam semalam.” Telefon bimbit ku letak ke tepi.
“Oh..  Persembahan malam semalam semua bagus..bagus.. Tapi yang paling bagus rasanya persembahan awak kot.” Faizrul sudah tersenyum meleret.
“Eeleh.. Sebab dia pun nyanyi sama. Puji diri sendiri nampak.” Kata-kataku membuat Faizrul tertawa.
“Awak ni, main straight to the point je, terasa saya. Teringin juga orang puji persembahan saya.” Ucapnya sambil memeluk tubuh.
“Amboi! Lelaki pun kuat merajuk ke?” Aku sudah jatuh rahang, tak sangka Mohd Faizrul Hiqmal yang ada di sampingku ini seorang yang kuat merajuk. Mengalahkan perempuan sungguh!
“Lelaki pun manusia juga cik Lia oi.” Dia tersenyum sambil kedua belah keningnya diangkat.
Erk?? Kenapa aku rasa pernah dengar? Tapi, ada betulnya juga. Lelaki pun manusia juga, punya hati dan perasaan. Kita sebagai perempuan pun kena jaga hati mereka, seperti mana kita nak mereka jaga hati kita. Jangan nak mereka je yang memujuk, kita pun kena pujuk juga. Kalau tak kenapa kita diberikan sifat manja? Manja bertempat boleh la, kalau lebih-lebih tu dah menggedik! Eeewww!!!
 “Yew la.. Tapi kan, saya suka masa awak nyanyi lagu tak akan terganti tu. Mengingatkan saya pada arwah tunang saya.” Satu pujian ikhlas aku berikan padanya. Memang dia mempunyai bakat dalam bidang tarik suara dan juga main piano.
Faizrul tak menjawab, dia hanya tersenyum simpul. Mata memandang ke arah taman.
“Oh ya! Kalau saya nak tanya sesuatu boleh? Tapi jangan marah ye?” Tanyaku pada Faizrul.
“Tanya la.” Air suam di teguknya.
“Awak ni dah memang macam ni dari lahir ke?” Soalan yang cukup tak sopan, tapi aku dikuasai rasa ingin tahu yang mendalam. Dah lama aku pendam, sejak pertama aku jumpa dia. Aku pun ta tahu kenapa aku boleh berfikir yang dia bukan cacat dari lahir.
Faizrul tersenyum simpul lagi, gelasnya diletakkan di atas meja. Dia memandangku dengan satu pandangan yang tak dapat ku tafsirkan. Nak kata marah, bukan. Nak kata sinis, bukan. Nak kata tak suka, juga bukan. Ah! Abaikan!
“Tak, semua ni sebab kecelakaan. Semua terjadi empat tahun lepas.” Perlahan Faizrul mula membuka cerita.
“Masa tu saya tengah berjalan dengan kekasih saya, dan masa tu dia nak menyeberang jalan, tiba-tiba ada satu kereta ni datang. Pemandu dia bawak laju. Sebabkan panik, saya pun lari ke tempat dia dan tolak dia. Dia selamat, tapi saya tak dapat elak kereta tu. Saya terhempas. Tapi nasib baik Tuhan hanya ambil kedua belah kaki saya je. Saya bersyukur Tuhan tak ambil nyawa saya. Saya masih boleh hidup, masih boleh melihat dunia.” Ceritanya panjang lebar.
“Oh... Lepas tu mana si dia iu sekarang?” Tanyaku lagi. Ish mulut ni! Kenapa la sibuk sangat nak tau pasal orang lain.
“Dia.. Entahlah.. Susah nak cerita. Someday you will find it out.”  Ucapnya sambil tersenyum.
“Oh.. Ok..” Itu saja yang aku jawab, tak nak dah tanya lebih, takut bila dia bersedih. Cukup menyesal untuk bertanya tadi.  Jam di tangan aku kerling, dah nak pukul sembilan. Aku pun memohon diri untuk balik. Aku nak rehat,penat di badan tak hilang lagi.


Kasut siapa ni? Ada tetamu ke?” Tanyaku dalam hati. Pelik bila melihat kasut tak dikenali dalam rumah. Aku berjalan masuk dan memberi salam, salam disambut oleh Kak Nona.
“Lia, awak dah balik. Mari sini, akak kenalkan dengan kawan akak.” Tanganku di tarik lembut Kak Nona.
“Ha... Kak Sha, ni Lia. Lia, ini Kak Sha. Kak Sha ni kawan lama akak. Yang itu pula Abang Hatta, suami Kak Sha.” Aku tersenyum sambil mengangguk ke arah abang Hatta. Tangan Kak Sha aku cium, tanda hormat. Tapi, tanpa ku duga.. Tubuhku ditarik lembut, Kak Sha memelukku erat. Aku membiarkannya agak lama. Hingga terdengar suara berdeham abang Hatta.
Kak Sha yang seperti tersedar dari termenung itu cepat-cepat melepaskan pelukan, tangannya mengesat air jernih yang bertakung di pelupuk matanya. Pelik.. Kenapa Kak Sha emo masa peluk aku? Aku ada buat salah ke?
“Maaf,muka kamu sama macam kawan lama akak. Kami dah lama tak jumpa. Rindu pulak akak dekat dia.” Kak Sha menjelaskan mengapa dia berasa emo.

Aku hanya mengganguk. Aku tak tahu nak balas apa. Nanti tersilap kata pulak. Tak baik nak guris hati orang. Tanpa membuang masa, aku meminta diri untuk ke bilik. Selepas membersihkan diri, aku terus berbaring di atas katil, tanpa kusedari aku sudah terbuai dalam mimpi. 



Bersambung..........

2 comments: