lama tak tulis puisi..tetiba jew dapat idea..So terciptalah puisi ni..hehe
Rintik-rintik hujan membasahi bumi..
Sendiri ku duduk di tepi tingkap bilik..
Menghayati dan bersyukur akan anugerah Tuhan..
Tuhan seperti memahami apa yang tersirat dalam hati..
Tanpa sedar minda sudah melayang nun jauh tanpa arah tuju..
Teringatkan kisah kita yang rumit..
Serumit kisah cinta Romeo dan Juliet..
Tanpa diundang,setitis demi setitis air mata membasahi pipi..
Sendiri ku kemas air mata di pipi..
Tak sanggup untuk memikirkan apa yang kan terjadi..
Selalu ku bertanya pada diri ini..
Sanggupkah aku untuk hidup bersamamu?
Walau rindu selalu bertandang di hati..
Tapi hati selalu menyangkal itu cinta..
Hanya kerana ketakutan untuk menghadapi masa depan..
Sanggup ku tipu hati ini dengan kata benci..
Jujur aku tak ingin melukaimu..
Tapi ku juga tak dapat menipu diri ini terlalu lama..
Seperti kata peribahasa,sepandai-pandai tupai melompat,jatuhnya ke tanah juga..
Sama seperti hati ini, dan andainya ini kehendak Tuhan, akan ku terima dengan lapang dada..
No comments:
Post a Comment